
Allah berserta dengan kita jika kita setia dan mengikut segala perintahnya
salam ukhuwah fillah..sesungguhnya saya ini hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan tidak kira yang zahir atau pun yang batin..maka mohon maaf d'pinta atas segala kesilapan atau buat seseorang terasa..
segala puji hanya bagi Allah yang memiliki sekelian alam...selawat bagi utusan Allah Nabi kita Muhammad S.A.W dan para kluarga serta sahabat2 beliau..
sedihnya hati terasa bak d'tusuk sembilu merana jiwa dikala melihat di sekeliling dunia..melihat betapa sempitnya dunia ini..oh Allah jika aku mati dalam keadaan yang amat ngeri dan dalam masa itu tidak pernah pun sekali aku melakukan perkara yang baik-baik belaka dan perkara yang engkau telah perintahkan agar melakukan perkara itu tersbut dan meninggalkan perkara yang engkau larang..bukankah aku telah rugi dengan serugi-ruginya..masa itu masihkah ada peluang untuk aku memperbaki kesilapan yang telah aku lakukan..tidak sama sekali ini kerana Allah telah pun menjanjikan bahawa hidup itu hanya sekali dan mati itu juga hanya sekali sahaja. maka yang mati itu tidak akan dikembalikan lagi dan tidak akan dapat berbuat amal tidak kira sama ada amal itu baik ataupun tidak baik..oh Tuhanku..alangkah ruginya aku jika aku mati dan tidak sempat bertaubat padaMu..
remaja sekarang apa yang ada dalam pemikiran mereka..apakah mereka masih ingat akan kehidupan sebenar? kenapa kebanyakan remaja sekarang sudah tidak lagi kenal akan diri mereka yang sebenar? apakah mereka itu masih ingat akan mati..apakah mereka ingat bahawa orang Islam itu apabila mati nanti pun boleh masuk syurga juga ye..Allah kenapa sampai ke tahap itu mereka fikir..ingatlah bahawa Allah itu Maha adil atas segala perkara yang di uruskan olehNya..Ya Allah seksaMu itu beratnya namun Nikmat hidup di syurga mengatasi seksa di neraka..orang2 yang beriman amat takut pada ancaman Allah namun segelintir mereka ini tidak pernah takut akan ancaman Allah sehinggakan sanggup melakukan perkara yang munkar yang hanya merugikan dirinya sahaja..fikir-fikirkanlah maksud kehidupan yang sebenar ini wahai saudaraku ( untuk aku juga )
Saturday, January 30, 2010
Muda-Mudi
Posted by محمد حزريق MuJaHeEdiiN at 10:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment