Allah yang menciptakan kita sepatutnya kita berterima kasih padaNya. bagaimanakah cara kita berterima kasih padaNya. adakah dengan mengucapkan terima kasih Allah kerana menciptakan aku dengan sebaik2 kejadian. tidak tuan2 dan puan2..yg dirahmati Allah sekelian. cara yang betul kita berterima kasih pada Allah itu adalah dengan mengikut segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. tapi adakah kita melakukan perkara ini. tidak sama sekali kerana banyak perkara yang kita lupa.kita terlalu mengejar dunia sehinggakan akhirat kita lupa. terlalu mengejar kesenangan duniawi sehngga lupa akan akhirat. kita lihat saja contoh seperti
artis. berlumba2 untuk mencari nama dipersada dunia. saya nk jadi artis ni bukan nk cari nama tapi nak menunjukkan bakat sy yg Allah kurniakan inilah yg selalu artis akn sebut bila wartawan bertanya. ada pula contohnya
wartawan bertanya : betul ke kamu berkhalwat
artis : mana ada itu semua fitnah semata2
wartawan : jadi apakah perasaan kamu bila perkara ini berlaku
Artis : sy tidak kisah kerana itu ketentuan Allah dan mungkin ini akan menaikkna nama saya.. gosipkan satu cara untuk naik glamour. tengoklah apa semua ni. nak menjdi artis semata2 untuk menjadi pujaan org ramai..nak di puji2..dia terlalu mengejr nama di dunia sahaja tapi dia lpe akan mati dia..kalau dah mati tak sempat nak bertaubat dh.
cuba kita perhatikan betul2 akan diri kita ini. betapa kasihnya Allah pada kita tapi kita langsung tidak menunjukan kasih syg kita pad Allah
tandanya Allah kasih pada kita dan dia tidak pernah sekalipun ,mengabaikan kita walau sesaat pun. contohnya
1. dia tidak pernah lpe untuk memastikan darah kita berjalan
2. dia tidak pernah lupa memastikan kita sentiasa bernafas agar kita hidup
3. dia tidak pernah lupa untuk memastikan kita boleh bergerak
4. dia tidak pernah lupa untuk memastikan tangan2 kaki2 jari2 kita bergerak
5. dia tidaK pernah lupa memastikan mata kita sentiasa berfungsi
andai katalah Allah tidak sayng pada kita..dan dia buat tak tau je tentang kita..apakah kita masih boleh jadi macam sekarang ni. fikir2kanlah..kalaulah Allah tak ambil berat tentang kita semua ni tidk ada gunanya kita hidup di dunia lagi..hidupnya kita didunia ini kerana Allah sygkan kita. tapi kenapa kita tidak sygkan Allah. kenapa kita tidak menghargai setiap pemberian yang Allah bagi pada. kenapa kita tidak bersyukur pada Allah.
marilah sama-sama kita memperbaiki kesilapan kita yang amat ketara ini..marilah kita bertaubat pada Allah sebelum pintu taubat tertutup sesungguhnya Allah itu Maha pengampun bagi siapa yg bertaubat pdaNya.


0 comments:
Post a Comment